BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, December 27, 2010

Siapa Dia...{cuba teka kalau pandai :)}

Dia..
yang sering mewarnai hariku..
seolah olah matahari tersenyum gembira menyambutku..
dengan hanya senyuman manisnya..

Dia..
yang selalu membuatkan jantungku 
berdegung kencang..
dengan sinaran matanya yg membuat ku terancam..


Dia..
dia yg membuatkan lidahku kelu..
untuk menyapa..
setiap kali bertemu..


Dia..
yang sering membuatkan aku..
merasa hampa setiap kali terlepas bayangnya..


Dia..
yang sering hadir di setiap mimpiku..
dan membuatkan ku tersenyum mengingatkannya..


Dia..
yang membuatkan aku berharap..
agar aku mendapat..
walau sedikitpun ruang dihatinya..


Dia..
yang membuatkan ku patah hati..
apabila mengetahui bahawa..
dirinya sudah berkasih..


Dia..
yang membuatkan hatiku pilu..
jantungku remuk,ragaku kosong..
hidupku seolah olah tiada cahaya dan warna..
menangis sunyi setiap malam..
saat mengetahui dirinya sudah..
menemui bidadarinya yang akan menemaninya 
di syurga kelak..
dan,itu pasti bukanlah diriku..
                                                          babynayra^_^

0 comments: